Maklumat di bawah tidak sesuai untuk mereka yang mencari cara menulis novel dan cerita fiksyen meskipun ada yang berdegil mahu datang kerana mahu menulis buku pertama.
Hujung tahun ini, buku pertama sudah ada dalam tangan
Tuan Ashraf Shuib adalah seorang petani moden. Sekarang masih lagi menulis dan menerbitkan buku sendiri.
Pada tahun 2023, dia sibuk mengendalikan penghantaran buku ke Perpustakaan Negara Malaysia.
Sedangkan formula tulis sampai siap, siap sampai terbit di bawah dipelajari pada tahun 2011 masih digunakan sehingga sekarang!
Baca sehingga titik akhir!
"Rasa takut, mati punca dan masalah idea tidak berlaku!
Selepas saya mengamalkan formula dalam seminar ini.
Hanya hasil buku pertama saya nampak dapat diusahakan.
Sangat cerah seperti cahaya matahari!"
Orang bisnes menulis buku untuk membantu pelanggan, membina jenama yang diingati dan menguasai pasaran
Pekerja menulis bagi mengalihkan pengalaman kerja bertahun-tahun untuk dibaca oleh pekerja akan datang.
Orang biasa-biasa menulis buku motivasi dan mendorong orang lain dengan tip yang digunakan sebelum ini.
Mereka datang, tulis dan terbit.
Apabila nama (buku) "Projek Bibliofil" muncul dalam kepala, bukan nama buku sahaja yang saya fikirkan. Malah aktiviti berkaitan buku yang lain seperti pertemuan kumpulan buku.
Belum pun buku diterbitkan, ada pihak yang sudah bertanya sama ada saya boleh memberi ceramah tentang kesedaran membaca di jabatan atau organisasi mereka.
Buku Sedekad Kembara Bumi Malaysia berjaya ditulis. Dia mengumpulkan catatan kembara dari negeri ke negeri seluruh Malaysia selepas sedekad menulis rencana dalam majalah Libur, Santai dan Backpackerz.
Sukses menulis memoir rentas umur (Coming of age memoir)
Dia menulis pengalaman seseorang melewati usia dari satu peringkat ke satu peringkat.
Buku Budak Kampung Congo menggambarkan penceritaan seperti ini dan diterbitkan.
Hari ini dia meraikan kejayaan menulis buku pertama bersama-sama orang yang disayangi.
Dia masih bekerja dan berdegil memenuhi impian menulis buku pertama, "Bermula dari kosong berakhir dengan sebuah buku dalam tempoh enam bulan selepas mengikuti bengkel penulisan.
Bagaimana dia dapat mencapainya?
Impian 'buku pertama' hidup dalam hati menjadikan dia menulis setiap satu perkataan sebelum usia 60 tahun tiba.
Angan-angan menjadi kenyataan.
"Alhamdulillah permintaan buku Cikgu Backpacker luar jangkaan. Cetakan kedua akan ada penambahbaikan," kata peserta bengkel bernama Cikgu Shida.
Sambung dia lagi, "Tahun hadapan saya merancang dua buah buku lagi. Insya-Allah," dan satu demi satu perkataan ditulis dalam buku seterusnya.
Kursus penulisan buku umum direka khusus untuk yang bermula dari kosong. Dapatkan tiga formula dikuasai Cikgu Shida. Baca sehingga titik akhir di bawah.
"Dahulu mati akal, sekarang nampak jelas apa mesti dibuat dalam 45 hari selepas seminar.
Pengajar betul-betul menunjukkan cara buku siap ditulis dan terbit.
Dia bercakap seperti buku saya itu seolah-olah seperti buku yang dia sedang tulis sekarang.
Dia letakkan jiwa sendiri untuk menyelesaikan masalah menulis buku saya yang pertama."
"Bermula kosong, berakhir satu buku dalam tangan.
Lebih 41 judul buku baharu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun sebelum ini
Buku-buku ini berada di bawah 14 jenama penerbit.
Mereka bermula di sini."
Kuasai sekali, tulis buku bukan fiksyen berkali-kali
Apa itu buku umum?
Semua bentuk jenis buku bukan fiksyen.
Menulis pengalaman hidup, bisnes, kerjaya, how-to, motivasi dan inspirasi, hobi, panduan, pengetahuan dan subjek yang anda mahu tulis.
Hanya di sini penulis baharu diangkat secara premium dan profesional agar dilihat penting di depan pembaca dan penerbit.
Sesi 1 Sesi Wajib
Sesi 2 Sesi Wajib
Secara Online Zoom
"Selama ini tak menjadi kerana tak dapat fikirkan apa itu bab pertama, kedua dan seterusnya. Tak sampai satu jam, saya pulang dari seminar dengan membawa lebih sepuluh bab untuk buku pertama."
Atur cara sebelum, semasa dan selepas bengkel
Pada hari seminar. Kita bermula dari kosong. Trainer memberi cara mudah menulis ayat pertama sehingga mencapai 25,000 ayat dalam buku umum pertama.
Kuasai cara mencetuskan idea dan dijadikan aset buku melalui timeline tulis sampai siap.
Teknik Teks, Visual dan Format diaplikasi sepanjang seminar.
Pada hari seminar. Kita kurangkan risiko terbakar tangan (duit). Kuasai model Rancangan tunai untuk cetak sendiri pada kos rendah.
Belajar juga cara menulis proposal buku dimahukan penerbit, jika tidak mahu terbit sendiri.
Teknik Bajet, Kualiti dan Bahan diberikan.
Pada hari seminar. Kuasai cara membaca fikiran penerbit dan pembaca sebelum ayat pertama ditulis. Tidak ada rasa bimbang siapa akan baca buku pertama saya.
Belajar peta tahu dan mahu dalam diri pembaca. Gunakan kaedah apa di tangan bagi membina 1000 pembaca pertama.
Teknik validasi, pra pemasaran dan pesanan sebelum terbit akan dipraktikkan.
Peserta mendaftar sahaja sekarang terus mendapat harga tindakan awal.
.
Seminar + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan + Bahan Selepas Bengkel + Coaching (terpilih)
Selepas seminar. Peserta akan dihubungi oleh trainer dan susulan selama 45 hari secara online bermula.
Anda akan berinteraksi, berkongsi hasil kerja dan mendapatkan maklum balas sepanjang tempoh ini.
Selepas seminar. Anda dimasukkan dalam grup tertutup sokongan penulisan.
Selepas seminar. Bahan-bahan teks, audio dan visual diberikan. Hebahan peluang penulisan diberikan.
Bahan datang daripada hasil writing lab kajian perbukuan dari Australia, China, Singapura, Indonesia, Korea, India, Mesir dan Malaysia.
Anda mendapat lebih banyak panduan dan menghidu lebih banyak peluang.
Selepas seminar. Jika anda konsisten mengikuti modul, beramal secara berterusan dan berjadual atas saranan trainer, maka berpeluang dipilih untuk sesi minum kopi dan coaching.
Peserta mendaftar sahaja sekarang terus mendapat harga tindakan awal.
.
Seminar + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan + Bahan Selepas Bengkel + Coaching (terpilih)
Nekad membantu para wanita memiliki 'pelampung' kewangan sendiri.
Saya menulis buku bersama-sama suami. Buku Wanita Cantik Minda Celik.
Selepas bengkel, saya menerbitkan buku ini dan sudah diulang cetak tiga kali bersama-sama edisi kemaskini.
Buku ini menjadi wakil diri saya bercakap-cakap dengan mereka.
Bengkel penulisan ini laluan ekspress kita membantu orang ramai melalui pengetahuan yang dibukukan.
Pagi tadi saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari Puan Saadiah dari Karangkraf , memaklumkan kepada saya bahawa mereka menerima proposal saya untuk diterbitkan.
Pada awalnya, saya dijanjikan akan dihubungi dalam tempoh dua minggu, namun kurang dari seminggu saya telah mendapat berita gembira ini.
Tuan, atas izin Allah, pelaburan saya ke kelas Tuan sangat berbaloi saya rasakan.
Duah buah buku pertama dalam tahun pertama Genius dari Syurga dan Didik Anak Connect Dengan Allah
Selepas hadir di bengkel penulisan pada sesi lalu, manuskrip pertama siap seminggu selepas bengkel. Sekarang, dalam proses siapkan manuskrip kedua. Menikmati proses menulis dan tidak stress, tulis sahaja dan keajaiban berlaku. Idea mencurah, terima kasih
Selepas bengkel penulisan dihadiri, Zarinah pulang ke Johor dan dalam diam-diam menyiapkan buku pertama. Bukan satu, tetapi dua secara bersama rakan, El Dedeque
Zarinah berkata, " Alhamdullilah. Dari angan-angan menjadi realiti. Berangan itu percuma, menjadikan ianya realiti kenangan paling bermakna sekali.
Dua buah buku kami sudah sedia dirak. Tak sabar untuk menemui pembaca terawal.
Kata sahabatnya, El Dedeque, "Alhamdulillah, akhirnya nak ada buku sendiri telah tercapai. Dari dulu masa sekolah pernah mengimpikan mempunyai buku sendiri di rak buku.
Dari mula-mula nak terbit sebuah dahulu. Alhamdulillah rezeki dapat keluarkan serentak dua buah buku yang mana diadaptasi dari modul kelas-kelas kami sebelum ini....Boleh kata buku pertama genre ini diterbitkan dalam Bahasa Melayu."
"Formula Tulis, Terbit dan Tuju hasil daripada penulis 35 buah buku non fiksyen dan fiksyen.
Modul dibangunkan oleh finalis Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian menepati cara penulis baharu bermula.
Gagal dan sukses ditunjukkan bersama agar pengamal tidak masuk lubang yang sama. Bakal penulis juga akan tahu mencipta peluang ke atas buku sendiri.
Dengan izin Allah, ikhtiar dan formula yang digabungkan memberi kesan kepada penulis baharu."
Dia pernah gagal, buku pertama ditolak.
Kemudian mendapat formula lulus terbit sehingga 35 buah buku diterima oleh penerbit
Sekarang merupakan penulis, konsultan beberapa rumah penerbit dan perunding agensi perbukuan.
Tip-tip penulisan yang diberikan dapat diamalkan 24 jam.
Beliau diikuti hampir 41,000 orang di Facebook.
Kerap melibatkan diri di festival penulis dalam dan luar negara.
Dia pulang dan mencipta modul yang paling membantu penulis baharu agar dilihat penerbit dan pembaca buku.
Sebelum ini dia memenuhi panggilan bengkel untuk komuniti di Malaysia, Australia, Singapura, Mesir dan Korea.
Menulis dan melatih penulis baharu bukan kerja separuh hati dan separuh jalan.
Sikap sepenuh hati ini menjadikan nama ini jenama pertama dalam fikiran penulis yang bermula dari kosong.
Sikap itu dapat dilihat pada status harian Facebook.
Pernah dia dipelawa menyertai Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara. Beliau menolak agar dapat fokus kepada anda.
Mereka mula mencuba tulis dan terbit. Sejumlah 13 rumah penerbitan tempatan menerima manuskrip mereka yang sesuai dengan konsep rumah penerbitan.* Ada yang menerbitkan sendiri buku.
*Logo penerbit adalah berdasarkan senarai alumni yang memaklumkan kepada kami di mana hasil karya mereka.
Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.
Sekiranya dalam kursus penulisan itu ada latihan dan aktiviti, ia mungkin bengkel. Sekiranya kita cuma mendengar dan bertanya, ia lebih kepada ceramah. Yang mana kedua-duanya bagus untuk penulis.
Boleh bertanya kepada trainer bengkel yang memang kerjanya memindahkan skill, seperti Cikpuan Azzah Abdul Rahman atau Tuan Zamri Mohamad. Mereka memang mengkaji bagaimana itu ini dalam penulisan. daripada teknikal sehinggalah pemasaran
Rasa berbaloi sangat terbang dari Sabah dalam masa hujung yang singkat walaupun membayar tiket kapal terbang yang mahal dan keletihan badan ke sana sini.
Selepas ini, lebih banyak lagi gambar kita semua bersama dan memegang buku masing-masing dengan hati yang berbunga-bunga.
Terima kasih Tuan Zamri Mohamad atas tunjuk ajar. Saya sudah dua kali ke kelas Tuan Zamri. Pertama di Putrajaya, dianjurkan oleh KKM.
Masa ini saya hadiri tanpa bayaran. Saya menulis tanpa hala tuju masa itu. Lepas kelas baru terfikir yang jika saya tak bukukan, tulisan saya akan dilupakan dalam masa 1-2 minggu sahaja.
Tapi biasalah, bila kelas percuma motivasi itu kurang kuat. Semangat datang sekejap sahaja. Lepas itu hilang.
Kali kedua saya mendaftar ke kelas Tuan Zamri pada tahun 2016. Bayar sendiri. Sekitar 30 orang dalam kelas tersebut.
Ulangkaji semula teknik yang pernah belajar sebelum ini. Tak cukup dengan itu, dikumpulkan alumni kelas di dalam aplikasi telegram.
Sentiasa ditanya bila hendak mengeluarkan buku. Haha. Memang rasa dipaksa untuk menulis (buku pertama, Cakar Ayam 2.0 terbitan Kata-Pillar).
Terima kasih Tuan.
Petikan respon di Facebook
Buku Tuan Fahmi disenaraikan best-seller di MPH!
Waktu buku ini siap, itulah pertanyaan yang diajukan kepada saya.
"Bila masanya awak menulis Uda?"
"Macam mana boleh sempat siap satu buku?"
...Cuma setelah hadir ke kelas penulisan Tuan Zamri Mohamad pada tahun lalu, baru saya betul-betul nampak rentak penulisan saya. Saya kemaskan kembali ikut bab. Ada juga sampai masanya, mahu rasa putus asa sebab tidak terkejar mahu menyiapkan manuskrip buku ini.
Sebahagian petikan respon di Facebook 19 Jun 2017
Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.
Ahamdullilah saya sudah cetak semula buku Kontraktor Jalanan.
Seronok juga ya apabila orang bayar dulu walau buku belum dicetak.
Buat projek juta-juta pun kena tunggu siap baru dapat bayaran!
Sudah ada yang masukkan duit mahu beli buku. Saya sangat tidak sangka.
Saya lagi teruja dan ketakutan.
Teruja kerana hampir 20 pesanan baru sudah dibayar hari ini walaupun sudah dimaklumkan buku esok atau lusa baru sampai.
Ketakutan sebab sampul pos laju sudah habis. tiada stok. Ramai penjual online beli untuk kiriman barang raya.
"Hampir satu ribu buku sendiri terjual dalam 30 minit semasa pelancaran dalam kelas motivasi yang dihadiri ribuan peserta."
Ini peristiwa paling gila tak dapat dilupakan selepas belajar menulis buku secara berguru.
Mula-mula berat hati juga mahu ke bengkel penulisan.
Saya terbayang, susahnya belajar tatabahasa. Rupa-rupanya tak berlaku begitu. Saya diajar strategi dan taktik menulis buku yang sangat mudah dan betul-betul untuk yang baru bermula.
Setiap ringgit saya belanja ke bengkel ini sudah terbayar hasil jualan buku dan ebook yang terbit!
Sekarang sudah ada lebih 10 buah ebook dan 5 buah buku (topik motivasi, bisnes dan marketing.
Bengkel yang saya hadir lima tahun lalu betul-betul memegang janji, datang sekali, tulis berkali-kali.”
Perkataan menjadi pencetus kepada kejayaan beliau di Write to Wealth dalam membangunkan bisnes konsultasi pengiklanan untuk pasaran Malaysia, Amerika dan Australia.
Bengkel ini memotong separuh perjalanan panjang penulis baharu
Bengkel penulisan dikendalikan mereka membantu kami (penerbit) mendapat penulis yang layak terbit, dimahukan pembaca dan ada pasaran.
Ada peserta selepas bengkel ini mencapai status best-seller dalam senarai kami.
Hasil bengkel ini bukan ‘syok sendiri’ malah faham apa dimahukan pembaca.
Modul-modulnya memenuhi keperluan semasa dan berkualiti.
Ini bukan bengkel menulis serupa seperti cara penulis yang berdiri di depan, tetapi tulis cara pasaran buku mahu.
Akhirnya penulis dapat hidup dengan karakter sendiri dan tidak terperangkap. Penerbit pun mendapat sentuhan yang unik.
Sehingga sekarang hasil selepas bengkel penulisan mereka masih dialu-alukan untuk dihantar kepada kami.
Para penulis yang mengikuti kelas mereka sudah membawa nilai lebih setengah juta ringgit jualan buku kami dalam pasaran.
Sebagai penerbit, kami rasa tempiasnya kerana buku-buku berkualiti ditulis oleh mereka.
Lebih 50,000 pembaca mendapat manfaat daripada buku-buku tulisan mereka yang terbit selepas mengikuti bengkel ini.
Latihan yang diberikan betul-betul memenuhi keperluan pasaran buku.
Penulis yang bermula kosong pun tidak meraba-raba mencari apa yang betul, semua sudah ditunjukkan dalam bengkel.
Editor pun mudah menguruskan manuskrip mereka.
Bengkel ini seperti memotong separuh perjalanan mereka dalam menjadi penulis.
Sebagai penerbit baru, kami amat teliti memilih rakan kerjasama.
Keputusan kami bekerjasama dengan mereka sejak awal penubuhan rumah penerbitan sehingga sekarang amat berbaloi.
Kami berhasrat dapat terus mengekalkan kerjasama ini, sekali gus bersama-sama membangunkan industri perbukuan negara sehingga ia menjadi satu industri yang dibanggakan negara.
Kata Hamka, “Tugas kita adalah mencuba. Dalam mencuba itulah kita belajar membangunkan peluang untuk berhasil.”
Sekiranya anda bersusah payah dan sukar menulis buku yang sedap dibaca, anda berada di tempat yang betul.
Menemui web pada hari ini bukan kebetulan.
Di sini tempat anda mencuba, mencipta peluang dan memetik buah-buahan hasil.
Di sini menjadi tumpuan individu yang bermula kosong.
Keluar sebagai penulis buku pertama.
Baca cerita mereka di bawah.
"Satu persatu berita baik berlaku kepada saya. Tak pernah terfikir pengalaman kerja dan hobi bertukar akhirnya menjadi buku di depan mata.
Terkejut juga, baru buku pertama pun sudah menarik perhatian akhbar dan televisyen.
Bengkel ini memberi kejayaan ekspress kepada saya.
Saya bermula kosong dan masih sibuk bekerja. Selepas bermula di bengkel ini, sekarang saya sudah ada tiga buah buku."
Mereka hadir, tulis, terbit dan tuju buku pertama
Pengalaman semasa melahirkan bayi pramatang mendorong beliau menulis panduan kepada ibu-bapa.
Buku pertama berjudul Pramatang, Kelahiranmu Satu Anugerah. Buku ditulis oleh bekas kerani senior JPJ menjadi saranan para doktor pakar dan jururawat wad bayi pramatang.
Buku yang mudah difahami oleh ibu-bapa ini menjadikan Puan Norhazizam jurucakap dalam kumpulan sokongan ibu-bapa.
Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.
Seperti anda, mereka bermula dari kosong
Budak Kripton menjadi buku pertama yang ditulis. Memaparkan panduan seorang bapa muda membesarkan anak. Menjadi buku bacaan ibu-bapa muda.
Buku berjudul Ajar Hatiku ditulis dan diterbitkan sendiri. Menyentuh 15,000 hati pembaca agar lebih tenang dan positif dalam hidup.
Selepas 20 tahun perkahwinan dengan lelaki Afrika, Dr Hayya menulis buku pertama Laki Aku Negro, Engkau Peduli Apa di bawah Puteh Press.
Ditulis bagi menjawab salah faham dan situasi yang datang daripada andaian orang sekeliling.
Buku kedua, Afrika, Aku Mai Lagi memberi kejutan kepada pembaca bahawa Afrika bukan seperti yang dijangka. Buku beliau menarik perhatian guru dan dijadikan buku alat bantu mengajar.
Beberapa tahun yang lalu saya di'angkut' sama oleh sahabat saya Dr Faridah Idris yang memang sudah pandai menulis mengikuti bengkel sehari teknik menulis buku cepat di bawah Cikgu Zamri Mohamad.
Lama saya perap ilmu dan tidak beramal dengannya.
Sampai suatu ketika, anakanda saya memerlukan panduan untuk menyiapkan projek menulis buku di sekolah.
Wah! Seronoknya saya bukan kepalang kerana ilmu terperap bakal keluar dari kutub khanah.
Pesan guru bakal saya imbas kembali.
Perlaksanaan bukannya oleh saya, tapi dicurah sehabis mungkin buat anakanda yang sedang dahaga tips dan teknik 'pembuatan mee segera!'
Ternyata ilmu yang dipelajari beberapa tahun lalu bukanlah sia-sia.
Petikan Facebook Januari 2017
Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.
Seperti anda, angan-angan menjadi perkataan
Dua buah buku ditulis dalam tahun yang sama dan diulang cetak setiap bulan. Buku pertama berjudul Bersalin Tenang memberi panduan kepada bakal ibu mengawal rasa takut dalam menyambut kelahiran pertama.
Buku pertama berjudul Tip Temuduga Swasta mendapat liputan akhbar. Taktik dan strategi mencari kerja di organisasi swasta ditulis bagi membantu pencari kerja.
Buku pertama, Sekarang Sengkek Esok Kaya merupakan buku yang menaikkan semangat beliau menghadapi dugaan kewangan. Buku terbitan Jootawan menjadi rujukan pembaca dalam hal ehwal cukai dan kewangan.
Petani dari Perlis yang aktif mendidik orang biasa betapa mudah bercucuk tanam melalui buku pertama, Jimat Dari Dapur. Aktif menulis dalam akhbar Harian Metro.
Mengikuti bengkel penulisan di Sydney, Arlina aktif menjadikan humor pendek yang dimuat naik dalam Instagram sebagai terapi. Buku Pujuk diterbitkan Buku Pojok menjadi kompilasi penulisan di Insta mendapat perhatian ramai.
Buku pertama, Bukan Salah Cikgu terbitan Kopi Press menjadi perhatian ramai. Azmira membuat perbandingan fakta pendidikan di Finland dan negara. Buku yang memberi pelan tindakan kepada ibu-bapa, guru dan orang ramai bagi memahami pendidikan.
Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.
Seperti anda, dari kosong menjadi satu
Sebelum ini buku Supermama terbitan Telaga Biru menjadi ikhtiar beliau membantu isteri-isteri bekerjaya membina peta yang lebih baik dalam mengurus rumah. Buku kedua sedang ditulis bagi membantu lebih ramai pembaca.
Guru Pendidikan Khas menulis satu persatu kisah bersama pelajar istimewa dalam buku pertama, Teristimewa Untukmu. Buku terbitan Galeri Ilmu mendorong pembaca melihat kekurangan sebagai hadiah yang menyempurnakan.
Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.
Seperti Anda, Langkah Pertama, Kecil & Menjadi
Ada Apa Dengan Nama diterbitkan oleh Karangkraf membawa cara baharu mencari nama anak. Secara langsung menjadi coach pemilihan nama anak berdasarkan maksud, sejarah dan pelan tingkah laku.
Percaya bahawa sekecil-kecil ruang pun kita dapat menanam sesuatu, buku Jimat Dari Dapur ditulis bersama Ashraf Shuib. Buku terbitan Legacy memberi solusi kepada mereka yang tinggal di rumah pangsa.
Buku habis terjual 2,000 naskhah dalam tempoh 38 hari selepas mengaplikasi formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku berjudul 99 Stress Free Mummy diulang cetak 2,000 naskhah lagi oleh penerbit Must Read.
Pulang dari bengkel penulisan saudara Zamri Mohamad, anjuran beliau agar peserta mula mencipta kejayaan kecil, sentiasa terngiang-ngiang di telinga.
Tercari-cari bagaimana memastikan diri sentiasa konsisten menulis.
Ini cara saya. Di kilang tempat saya bekerja, terdapat sebuah buletin dalaman yang diterbitkan setiap bulan.
Hanya perlu menulis lebih kurang 80 patah perkataan dan hantarkan kepada editor buletin.
Merasa jadi wartawan dalaman. Bagus untuk latihan menulis juga.
Perkongsian kisah pada Oktober 2016
* Beliau juga mengaplikasi kemahiran penulisan dan memenangi pertandingan penulisan anjuran HONDA dan mengikuti perlumbaan F1 atas tajaan penganjur.
Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.
Seperti Anda, Pengalaman Menjadi Perkataan
Di tempat kerja, beliau memberi khidmat nasihat pemakanan. Dalam masyarakat, buku beliau Apabila Dietitian Bercerita tulisan bersama Puan Ruqayyah Muhd mula masuk ke rumah para pembaca mendidik memilih kesihatan.
Pernah terbit di bawah Inspirasee Publication. Buku beliau berjudul #Henshin Mahasiswa diulang cetak menghampiri lima angka. Anak muda ini tidak berhenti belajar menulis dan berusaha terbit dan tuju berkali-kali.
Buku Membuka Bisnes Tadika ditulis bersama Norailis Abdul Wahab membantu ramai pembaca memulakan tadika sendiri. Pengalaman 12 tahun pendidikan kanak-kanak terangkum dalam buku pertama terbitan anak syarikat ABS.
Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.
Pada usia 60 tahun, tentulah saya kenal banyak orang. Saya letakkan Tuan Zamri Mohamad pada kedudukan nombor satu dalam senarai orang paling kreatif yang saya pernah jumpa.
Status bertarikh 14 November 2010
Orang yang paling layak membimbing puan menulis buku non-fiksyen adalah Tuan Zamri Mohamad. Beliau juga dapat mengesan jenis bakat penulisan yang ada pada puan.
Beliau juga adalah literary agent kepada PTS. Mohon puan berkonsultasi dengan beliau dahulu.
Memasarkan diri sebagai penulis juga memerlukan ejen yang cekap dan rajin, katanya. Beliau yang memberikan tip mengenai Zamri Mohamad, seorang penulis, jurulatih penulisan dan ejen penerbitan yang mempunyai laman web untuk membantu penulis memulakan kerjaya
Zamri Mohamad, pakar rujuk yang saya percaya. Content Strategy, iaitu apa nak tulis, kenapa nak tulis, bila mahu di-post, rehash untuk tujuan cross post, bagaimana promosi content dan lain-lain.
Petikan respon di Facebook pada Januari 2015
Bukan sedikit individu yang saya kenal yang telah berjaya merevolusi bakat mereka. Mereka sebenarnya biasa-biasa sahaja, sehingga mereka menjumpai 'diri mereka yang terbaik'.
Antaranya adalah Tuan Zamri Mohamad. Beliau adalah junior saya di UIA dahulu.
Hari ini beliau tokoh penulisan yang disegani dan dihormati atas karya beliau dan usaha murni beliau membangunkan lebih ramai penulis.
Beliau juga menggerakkan gerakan sosial 'baca@' bagi menggalakkan orang ramai budaya membaca di mana-mana sahaja.
Ketika dahulu, beliau selalu menulis di akhbar-akhbar tempatan. Pernah sekali beliau menulis berkenaan buku pertama saya , Membina Karisma pada tahun 2003.
Sejujurnya saya tidak kenal beliau tetapi saya sudah nampak sinar potensi yang berkilauan pada anak muda ini.
Bakat penulisannya terus digilap dengan dorongan dan pimpinan daripada guru penulisan Puan Ainon Mohd. dan rakan-rakan di PTS. Beliau mencuba pelbagai genre penulisan dan berkreativiti di sekitar bakatnya yang Allah kurniakan kepadanya iaitu bakat menulis.
Hari ini beliau berdiri sebagai penulis sepenuh masa dan menjadi pemegang obor menyalakan semangat ribuan orang lain yang memiliki bakat yang sama tetapi memerlukan bimbingan yang berterusan.
Petikan respon di Facebook pada Februari 2015
Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.
Bermula dari jauh mencipta hasil
Menulis buku berjudul Tentang Cinta. Penerbit, Must Read berkata, "Selingan hukum fikah yang popular sekitar permasalahan cinta juga dipaparkan." Pernah mengikuti bengkel penulisan diadakan di Mesir.
Selepas buku fiksyen, Souvenier dari Angkasa Lepas. penulis dari Singapura meneruskan langkah dengan coretan tugas beliau sebagai jururawat lelaki dalam buku kolaborasi, Misi Impossible terbitan Katapilar
Selepas bengkel, beliau mengaplikasi kaedah kolaborasi dengan menulis buku seram Kau Nampak! yang diterbitkan sendiri. Buku berdasarkan pengalaman kumpulan anak muda yang dikenali di YouTube dalam aktiviti paranormal. Nida juga menggerakkan galeri Cheritara.
Fail Sulit Amerika Syarikat, Dracula vs Al-Fateh dan terkini, buku kolaborasi, Presiden Trump, Penjahanam Amerika? terbitan PTS meletakkan beliau sebagai penulis isu politik dan kontemporari.
Menulis buku pertama, Mendorong Anak Suka Membaca selepas mengaplikasi metod Kawakita Jiro yang diperolehi dari seminar.
Bermula dengan penulisan rencana kembara dalam majalah tempatan, lonjakan nama beliau berterusan melalui buku I'm Backpacker Japan terbitan PTS.
Sibuk dengan tugas sebagai setiausaha, mengurus keluarga dan pengajian PhD, buku pertama beliau, Kerana Aku Hamba-Nya diterbitkan dan mendorong ramai pembaca mengenai kehidupan.
Hadiah Dari Tuhan dan Nota Hartanah Kak Long merupakan hasil penulisan beliau yang memayungi hati pembaca melalui perkongsian panduan yang datang daripada kehidupan dan pengetahuan beliau.
Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.
Yuran mahal? Penganjur cuba merendahkan kos pada jumlah yang dinyatakan di atas. Kos meliputi lapan modul. Bengkel ini dilihat melebihi satu hari hubungan trainer dan anda. Sebelum, semasa dan selepas bengkel. Aplikasi semua modul untuk ROI anda (return of investement)
Tidak ada Refund atau pulangan semula jika tidak dapat menghadiri seminar. Tetapi pengganti ke seminar dibenarkan atau menerima bahan yang sama melalui siri video sebagai pengganti.
Tidak ada jaminan seminar akan diulang. Seminar ini bukan acara bulanan. Trainer terlibat dalam aktiviti menulis buku dan perundingan. Yuran juga akan berubah.
Bengkel bukan magis kepada penulis. Setiap orang mempunyai kesan berbeza. Peserta yang mengharapkan cara goyang kaki tidak digalakkan masuk. Para peserta di kiri dan kanan anda merupakan premium dan profesional. Mereka bermula kosong dan akan menyokong anda sebagai rakan penulis yang berkualiti.