"Ah engkau, pandai cakap sahaja. Kata mahu menulis novel, ada jalan cerita itu dan ini. Akhir sekali novel itu dalam kepala engkau sahaja. Bukan pada kertas atau skrin. Monyet pun dah sampai ke angkasa pada tahun 1949. Perkataan dalam kepala engkau sudah mendarat di mana?"
Itu cerita saya.
Dia memperkenalkan diri saya dengan kata-kata itu.
Kemudian, saya keluar dari kafe yang terletak bersebelahan pejabat.
Saya memulakan pagi dengan mahu melupakan kata-kata tadi.
Tetapi dia betul.
Sudah berapa tahun saya bersikap begitu.
Saya mahu menulis novel.
Wayang itu bermain dalam kepala. Terbayang-bayang ada novel cetakan sendiri.
Paling tidak pun teringin juga buka laman web yang menerima karya dan saya rajin menghantar cerita demi cerita.
Tetapi saya selalu bergulat dengan perasaan.
Ragu-ragu memuncak setiap kali membaca cerita sendiri.
Fikirkan cerita yang mahu ditulis pun sudah membuat saya malu pada diri sendiri.
Adakah orang akan baca?
Mungkin orang akan kata, cerita begini macam dah ada orang buat.
Saya kerap memadam tulisan berkali-kali pada skrin komputer kerana satu sebab, tak tahu adakah ini cara yang betul.
Nampak tak betapa negatifnya saya membunuh angan-angan menulis novel pertama.
Setiap hari saya menimbunkan sampah 'sangkaan buruk' dalam kepala.
Saya sangka apabila buat-buat lupa keinginan sendiri, ia akan hilang.
Tidak. Makin kerap dia datang.
Saya duduk-duduk dan menonton drama Korea.
Tabiat menonton menjadi-jadi, dari satu episod ke satu episod.
Saya terfikir, kenapa berpuluh episod drama Korea dapat ditonton tanpa lelah dan bosan?
Malah, ada waktunya, saya tulis petikan dialog watak dan dimuat naik dalam Instagram dan Facebook.
Kenapa tiba-tiba jadi begini?
Mesti ada sistem kerja yang mereka ulang guna dalam setiap drama Korea.
Bagusnya jika saya ada satu panduan lengkap bagaimana rangka cerita drama Korea yang dapat ditiru semula menjadi rangka novel saya.
Setiap hari saya mencipta hantu dalam fikiran dan tidak mencipta jalan keluar.
Sehinggalah saya terbaca kata-kata wanita bernama Azzah Abdul Rahman.
"Ada orang mempunyai sentuhan magis. Apa yang ditulis menjadi. Itulah bakat. Ada orang memerlukan sistem untuk menulis dan hasilnya menjadi. Itulah modul dan lathan."
Itu kata wanita yang pernah muncul dalam akhbar Kosmo.
Kali ini saya nampak.
Selama ini saya berfikir saya tidak ada bakat. Sedangkan ada pintu kedua untuk mencapai perkara yang sama.
Terus saya memilih satu tindakan agar dapat belajar sekali, menulis berkali-kali.
Saya belajar menulis melalui sistem.
Belajar sekali, menulis berkali-kali
40-2, Jalan Wangsa Setia 1, Taman Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waze
Modul praktikal untuk pembelajar yang bermula dari kosong
Formula menulis novel adaptasi drama Korea bukan dibangunkan semalaman.
Ulang-alik selama lima tahun ke Korea Selatan adalah komitmen bagi mendapatkan peta besar cara industri hiburan dan industri buku dibangunkan.
Rantaian persahabatan juga dibangunkan dalam acara perbukuan luar negara seperti Seoul International Book Fair.
Kedua-duanya digabungkan menjadi satu alat kerja menulis untuk penulis baharu yang mahu menulis novel kali pertama.
Mula mengkaji pergerakan kerangka drama Korea sejak tahun 2013
Azzah Abdul Rahman, penulis novel dan pembimbing bertauliah dalam penulisan novel menggunakan teknik Surah Yusuf dan Bahasa Melayu Tinggi.
Beliau mengikuti pengajian Bahasa Korea secara formal di institut bahasa dan menjadikan kelebihan itu dalam proses pembelajaran industri perbukuan di sana.
Satu daripada karya beliau dicetak dan dijual sebagai buku hadiah di Pulau Nami, Korea Selatan.
Pulau ini menerima kunjungan 3,000,000 orang setahun.
Beliau juga mengusahakan karya terjemahan Korea ke Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, hasil tulisan Ketua Pegawai Eksekutif yang berpengalaman 15 tahun dalam industri pelancongan.
Azzah pernah mengendalikan bengkel penulisan untuk komuniti Malaysia di Korea Selatan. Program diadakan di Dongyang Mirae University, Seoul.
Beliau juga mengasaskan program latihan penulis tempatan ke Korea Selatan melalui program Writer's Tour.
Projek karya yang segar juga diusahakan bersama para peserta bengkel.
Antaranya antologi cerpen muzikal yang mengadaptasi judul lagu sebagai sebuah karya.
Peserta akan mendapat panduan penulisan fiksyen adaptasi drama Korea berdasarkan tiga komponen penting yang kerap diulang-ulang.
Character's Map
Seni membina watak kiri dan kanan yang menonjol dan unik sehingga menjadi perbualan pembaca.
Story Arc
Cara membina lengkung cerita yang mempunyai adunan emosi yang membina pengalaman baharu kepada pembaca.Konflik Tiga Penjuru
Kekuatan drama Korea dengan acuan konflik tiga penjuru membantu memanjangkan cerita dan mendesak pembaca menggali isi cerita anda dari bab ke bab.
Peserta buat pertama kalinya didedahkan pada model pembinaan barisan pelakon dalam novel anda. Meskipun adanya sejumlah watak yang ramai, setiap satu dapat dikenalpasti oleh pembaca.
Biodata
Peserta diberikan alat kerja bagaimana watak-watak dibangunkan berdasarkan aspek-aspek demografi dan psikologi serta penampilan visual yang mudah diingati pembaca serta selari penampilan luar dan dalam.
Persona
Peserta belajar secara teratur bagaimana watak dalam cerita mempunyai watak dua sisi yang berperanan membantu jalan cerita dari bab pertama sehingga bab akhir.Rencah wajib sebuah drama Korea, selagi identiti dan misteri belum selesai, penonton akan duduk menunggu. Peserta akan belajar bagaimana membina sisi identiti dan misteri watak yang direka.
Character's Story Arc
Sebagaimana drama Korea sukses menenggelamkan penonton dalam satu drama, peserta dapat belajar membangunkan cerita dalam cerita dengan menggunakan lengkung cerita watak.
Peserta diajar bagaimana meninggalkan 'cop' yang bertahan lama dalam fikiran pembaca.
Cop ini mendorong ia berulang-ulang difikirkan oleh pembaca, ditulis dalam media sosial dan menarik perhatian pembaca lain agar ambil tahu.
Audience Involvement
Senjata kreatif paling halus dalam drama Korea dapat disusup masuk dalam penulisan novel. Peserta diberikan alat kerja bagaimana menjadikan pembaca terlibat sama dalam cerita tanpa mereka sedar.
Industrial Background
Drama Korea yang terkenal dengan memperkenalkan bidang secara spesifik dan dapat diuji kebenaranya. Pendekatan ini menjadikan kaya kreatif dilihat mahal dan merentasi genre.
Peserta diajar bagaimana membina dunia dalam novel menggunakan peta industri.
Dialog Sureal
Peserta belajar menulis dialog yang mempunyai isi, menaikkan keindahan karya dan ada nilai 'dipasarkan' ke depan oleh pembaca novel anda.
Memorable Elements
Secara diam-diam, peserta dapat merancang meletakkan subjek bukan manusia yang akan menjadikan jalan cerita semakin berwarna-warni.
Sehinggakan apabila pembaca melihat objek itu dalam hidup, ia mengingatkan mereka kepada novel anda.
Twist and Hook
Peserta dibimbing cara membuat kejutan pada jangkaan pembaca.
Semakin tersasar pembaca, semakin mereka cuba membangunkan andaian baharu agar jangkaan mereka mengena.
*Mendaftar sahaja hari ini mendapat POTONGAN RM390 sebagai ganjaran bertindak awal.
Yuran bersamaan RM2.20 sehari perbelanjaan menulis novel dalam tempoh enam bulan
Beritahu kawan-kawan, klik butang share di bawah